Sunday, August 16, 2009

Apa pengertian Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan Singapura disambut pada 9 Ogos setiap tahun. Ia adalah peringatan bagi rakyat Singapura kepada kemerdekaan kita. Ia juga memebuat rakyat Singapura bersatu.

Singapura mendapat kemerdekaan pada tahun 1965. Semenjak hari itu,kami telah mengalami banyak masalah yang ditangani oleh kerajaan. Pengalaman seperti rusuhan telah memebuat Singapura lebih kuat. Kerajaan memastikan bahawa rakyatnya tidak bergaduh dengan mengalakkan keharmonian kaum di Singapura. Singapura adalah negara yang berbilang bangsa jika tidak ada keharmonian kaum, negara kita akan selalu mengalami rusuhan. Ianya akan menjadi suatu perkara yang menyusahkan kerana kita tidak boleh berkembang. Pada Hari Kebangsaan rakyat Singapura akan berkumpul bersama untuk menonton perbarisan. Pada tahun ini, pada jam 2022 setiap rakyat Singapura walau dimana pun digalakkan mengambil ikrar. Dengan itu, rakayt Singapura akan merasakan kesatuan dan mereka adalah penting. Setiap rakyat Singapura harus merasa tempat mereka di Sngapura. Supaya masalah rakyat Singapura bermastautin ke negara lain akan berkurangan.

Di sekolah saya, kami menyambut Hari Kebangsaan pada 6 Ogos. kami digalakkan memakai baju merah. Kemudian perbarisan bermula pada jam 0800 kerana penyakit selesema babi kami tidak boleh berkumpul. Hanya murid terpilih mengambil bahagian dalam perbarisan. Murid lain menonton dari luar kelas mereka. Kelas saya telah membuat bendera. Kami membawa bendera itu bersama sedang menonton perbarisan. Walaupun kami hanya dapat menonton perbarisan, sya rasa ia membuat semua murid dan guru di sekolah saya bersama satu kerana semua emmakai baju merah.

Akhir kata, Hari Kebangsaan memperingatkan rakyat Singapura tentang kesukaran yang kami telah mengalami dan mengatasi bersama. Juga ia membuat rakyat Singapura datang sama-sama tidak kira bangsa atau agama.

Monday, February 23, 2009

Remaja dan jenayah

Perhimpunan hari Isnin, seorang pegawai polis dari Bedok Polis Stesen telah memberi pengetahun kepada pelajar di sini tentang jenayah yang ramai remaja lakukan. Ianya untuk kami fikir tentang kelakuan yang tidak digalakan itu dan tidak ikut jejak langkah yang dibuat oleh bekas penjenayah.

Pegawai polis itu menunjukkan jenayah yang dilakukan seperti bergaduh, cyber bulli dan mencuri. Video rakaman ditayangkan tentang remaja yang telah membuat jenayah tersebut. Mereka semua menyesal kerana di masukkan ke dalam penjara. Mereka susah hendak mendapatkan kerja masuk ke sekolah dan telah memalukan keluarga. Pegawai polis itu ingin mengawasi pelajarpleajar supaya bilang remaja membuat jenayah akan berkurangan.

Di luar negeri juga, bilangan remaja membuat jenayah juga ramai. Polis polis harus memberitahu remaja akan akibat apabila mereka membuat jenayah tersebut.

Saya telah membaca sebuah artikel di berita harian semalam seorang remaja lelaki dibelasah hingga maut by 24 remaja. Ia berlaku di Malaysia. Akibat mangsa dibelasah tidak diketahui. Remaja sekarang patut berwaspada tentang jenayah jenayah yang sedang berlaku.

Saturday, February 14, 2009

Akhbar



Berita:84 KORBAN KEBAKARAN HUTAN AUSTRALIA

Berita ini tentang kebakaran yang berlaku di Victoria, Australia. Disebabkan cuaca yang tinggi hutan di situ terbakar membawa maut kepada 84 orang yang tidak sempat melarikan diri. Angka kematian adalh terburuk dalam sejarah dan dijangka akan meningkat.


Saya rasa kasihan kepada mereka yang terperangkap tidak dapat melarikan diri. Kami yang tinggal di sini dapat tahu apa yang terjadi di luar negeri. Jika kita ada keluarga yang tinggal di Australia kita boleh ambil tahu keadaan mereka. Jika mereka selamat atau tidak. Kita juga boleh menolong menghulurkan bantuan jika ada organasi yang menolong mangsa. Setiap musim panas Australia sering mendapat kebakaran kerana suhu yang terlalu tinggi menyebabkan pokok pokok terbakar. Mereka patut menyembuh air kepada pokok pokok supaya mengurangkan risiko kebakaran. Ataupun mereka yang duduk berdekatan dengan hutan patut meninggalkan perumahan mereka untuk keselamatan.





Ekstra: Adat Melayu


Berita ini menunjukkan adat melayu yang setiap orang hendaklah menjunjung tinggi dan mengamalkan nilai-nilai luhur budayanya dalam setiap percakapan dan tindakan atau perilakunya. Ia juga mengatakan sekarang ramai yang menggunakan bahasa kelam kabut, perkataan asal sembur, tatabahasa tidak terkawal dan bahasa juga bercampur aduk.


Saya rasa remaja sekarang bercampur aduk percakapan kerana mereka selalu menggunakan bahasa inggreris dan jarang berbual dalam bahasa melayu. Tetapi, mereka harus belajar untuk menggunakkan melayu sepenuhnya apabila bercakap dalam bahasa melayu dan jangan bercampuradukkan. Juga, ramai diantara mereka tidak mengawal tatabahasa, menggunakkan perkataan terkeji(memaki), kerana media sangat luas. Mereka yang menonton cerita yang menggunakkan bahasa kasar selalunya mengutip perkataan begini dan menggunakkan dalam perbicaraan mereka.






Wednesday, February 11, 2009

Azam

Azam adalah sesuatu cita-cita, keinginan yang kita ingin capai. Azam saya dalam pelajaraan adalah untuk mendapat markah yang baik untuk peperiksaan o's agar saya boleh ke maktab rendah meridian. Saya ingin mendapatkan cemerlang(A1) untuk mathematik(A & E), ilmu kimia dan juga fisik. Bagi bahasa Inggeris, Melayu dan humans(geog/ss) saya ingin mendapatkan A2.
Jika saya ingin azam saya tercapai saya harus memahami apa yang diajar dan ulangkaji membuat latihan sendiri.

Azam saya untuk subjek bukan akedemik ialah supaya band akan mendapat perak untuk SYF tahun ini. Kami telah berlatih bersungguh-sungguh dan patut dibalas kembali. Walaupun kami berlatih dengan sungguh-sungguh kami harus bermain dengan elok untuk meninggalkan kesan hebat kepada pengadil yang akan tentukan markah kami. Saya rasa, subjek bukan akedemik bagus bagi pelajar yang berbakat. Mereka tidak semestinya bagus dalam pelajaran jadi, jika mereka berbakat mereka ada keinginan untuk ke sekolah.

Mengadakan azam sendiri adalah bagus supaya kita akan ada sasaran dalam kehidupaan diri. Jika tiada azam hidup tidak akan bermakna atau seronok.

Sunday, February 8, 2009

Koncert Orchid Park

Pada hari Sabtu 7 februari, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke sekolah Menegah Orkid Park untuk menonton persembahan band mereka. Ia sebenarnya mula pada jam 7 mlm tetapi kami tiba lambat kerana tidak tahu di mana sekolahnya terletak.

Cuma sembilan ahli kumpulan band pergi menonton. Kami menaiki MRT ke Khatib. Persembahan band Orkid Park lebih baik dari band anglican High yang saya menonton pada 16 Janurari. Kami digalakkan menonton konsert konsert begini supaya kami dapat inspirasi untuk bermain lebih baik. Ia akan menolong kami dalam SYF bermain dengan bagus.

Saya ingin band sekolah kami adakan konsert begitu untuk mengumpul dana bagi band kami. Dengan duit itu, kami boleh membeli alat baru dan yang lebih baik. Tetapi, saya rasa band harus fokus pada SYF yang akan datang dahulu baru fikir tentang mengadakan konsert.

Saturday, February 7, 2009

Perayaan Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina tahun in jatuh pada hari 26 Janurai. Sekolah saya telah menyambutnya pada 23 januari dengan mengadakan persembahan.

Saya telah mengambil bahagia dalam persembahan tersebut. Saya dalam band dan kita harus mengambil bahagian dalam persembahan tersebut. Sebelum persembahan, kami telah mempelajari lagu Cina untuk dimainkan pada persembahan itu. Band adalah item pertama. Kita akan set the mood untuk persembahan yang lain kerana first impression counts. Kami membuat gimik sambil bermain untuk menghiburkan penonton. Saya dapat lihat malay dance and chinese dance bergabung. Ianya menunjukkan bahawa walaupun jogetnya berlain, ianya boleh dicantum dengan kerjasama dancers. Guru-guru juga mengambil bahagian seperti Mr Khan yang menyayi lagu bahasa Cina tiada yang dapat teka bahawa itu adalah dia kerana pelajar tidak tahu akan kebolehannya berbahasa Cina.

Selain itu, rakan sekelas saya telah mengajak saya untuk menyambut tahun baru cina bersama. Disebabkan saya ada kelas pada hari itu, saya tidak dapat menyambut tahun baru dengan mereka. Jika saya diberi peluang lagi saya akan mengikut mereka kerana ianya adalah pengalaman baru bagi saya yang tidak pernah menyambut tahun baru cina. Ini menunjukkan bahawa sambutan perayaan dapat memupuk keharmonian kaum.

Thursday, January 29, 2009

kommen tentang berita

artikel dari:


http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,134764,00.html?

Berita yang saya telah baca mengenai penagih heroin yang diberkas tahun lalu.
Bilangan penagih melayu yang diberkas tahun lalu berkurangan daripada 1,033 kepada 851. Ianya tanda yang baik kepada masyarakat kita kerana kebanyakkan mereka sudah sedar akan bahaya mengambil heroin.

Tetapi, peratusan melayu tetap tertinggi. Penagih subtex semakin berkurangan tetapi penagih heroin meningkat. Saya rasa ada kekurangan penagih subtex sebab pada tahun 2006 subtex menjadi dadah yang menyebabkan ramai menjadi ketagih dan merosakkan kesihatan mereka. Bagi peningkatan penagih heroin pula, saya rasa mereka mulanya penagih subtex dan bertukar alih ke heroin.

Keseluruhan penagih meningkat berbanding tahun 2006. Masyarakat sekolahsekolah harus mendidik pemudapemuda supaya mereka tahu akan bahayanya dadh.