Saturday, February 14, 2009

Akhbar



Berita:84 KORBAN KEBAKARAN HUTAN AUSTRALIA

Berita ini tentang kebakaran yang berlaku di Victoria, Australia. Disebabkan cuaca yang tinggi hutan di situ terbakar membawa maut kepada 84 orang yang tidak sempat melarikan diri. Angka kematian adalh terburuk dalam sejarah dan dijangka akan meningkat.


Saya rasa kasihan kepada mereka yang terperangkap tidak dapat melarikan diri. Kami yang tinggal di sini dapat tahu apa yang terjadi di luar negeri. Jika kita ada keluarga yang tinggal di Australia kita boleh ambil tahu keadaan mereka. Jika mereka selamat atau tidak. Kita juga boleh menolong menghulurkan bantuan jika ada organasi yang menolong mangsa. Setiap musim panas Australia sering mendapat kebakaran kerana suhu yang terlalu tinggi menyebabkan pokok pokok terbakar. Mereka patut menyembuh air kepada pokok pokok supaya mengurangkan risiko kebakaran. Ataupun mereka yang duduk berdekatan dengan hutan patut meninggalkan perumahan mereka untuk keselamatan.





Ekstra: Adat Melayu


Berita ini menunjukkan adat melayu yang setiap orang hendaklah menjunjung tinggi dan mengamalkan nilai-nilai luhur budayanya dalam setiap percakapan dan tindakan atau perilakunya. Ia juga mengatakan sekarang ramai yang menggunakan bahasa kelam kabut, perkataan asal sembur, tatabahasa tidak terkawal dan bahasa juga bercampur aduk.


Saya rasa remaja sekarang bercampur aduk percakapan kerana mereka selalu menggunakan bahasa inggreris dan jarang berbual dalam bahasa melayu. Tetapi, mereka harus belajar untuk menggunakkan melayu sepenuhnya apabila bercakap dalam bahasa melayu dan jangan bercampuradukkan. Juga, ramai diantara mereka tidak mengawal tatabahasa, menggunakkan perkataan terkeji(memaki), kerana media sangat luas. Mereka yang menonton cerita yang menggunakkan bahasa kasar selalunya mengutip perkataan begini dan menggunakkan dalam perbicaraan mereka.






1 comment:

  1. Saya rasa kasihan terhadap orang-orang yang terlibat dalam kebakaran ini. Juga, kita harus mengikut adat-adat melayu supaya kita boleh berbual dengan fasih.

    ReplyDelete